PERAYAAN-PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM INDIA
HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itusebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucianyang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaanhalus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiranpelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambangpenyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akanmengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masukrumah mereka
"Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
HARI THAIPUSAM
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakatberagama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewaHindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluhdalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untukmenghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yanglepas.
Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambutperayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagimasyarakat Hindu di sini.
Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung DewaSubramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarakdengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini,penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangkabesi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segaryang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar ataubertaubat kepada Dewa Subramaniam.
Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logamatau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yanglain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akanberkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yangdimainkan.
Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tanggadi Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapanpatung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa,madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.
Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagimasyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatiandaripada masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyakpelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik semasa sambutanperayaan ini.
HARI THAIPONGG0L
Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.
Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.
Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuilsecara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.
Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi danberpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakancahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpulmengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan digunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.
thank you
ReplyDeletePrint pls
ReplyDeletegood
ReplyDeleteA LITTLE OF THE INFORMATION ARE NOT THERE.SO,MY REQUEST IS CAN I HAVE MORE DETAIL OF INDIAN'S FESTIVAL..
ReplyDeletevery nice
ReplyDeleteTank you
ReplyDeleteNot bad
ReplyDeleteThank you so much. It really helps my daughter to understand indian culture for her school scrap book.
ReplyDeleteSome of the facts are not true as Kolam is not done to establish their wealthiness for a visit from Lord but it is a way to feed the ants on the auspicious day.
ReplyDelete